SIAPA yang tak suka ayam kan, lebih-lebih lagi ayam goreng, pergh nikmatnya..
Tapi, adakah anda masih berselera lagi untuk makan ayam selepas menonton video di bawah ini?
Menerusi video, ayam yang sudah diproses dan sedia untuk pembungkusan telah dipam dengan cecair yang tidak dikenalpasti bagi mengembangkan bentuk fizikal daging ayam.
Sebelum dipam ia kelihatan kecil dan kempis, selepas dipam terus ayam itu mengembang dua kali ganda!
Tiada sebarang maklumat lanjut yang diperolehi menerusi video ini namun kejadian ini dipercayai berlaku di Azerbaijan. – MYNEWSHUB.CC

