• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Kes Gaduh ADUN Kedah Diminta Tampil Bantu

oleh Ahmad Albab
30/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pihak polis meminta saksi yang melihat aksi pergaduhan melibatkan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan seorang individu pada 15 Mei lepas di sini agar tampil memberi keterangan.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, siasatan kes berkenaan sebenarnya masih lagi dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sehingga kini pihak polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Keterangan daripada doktor yang merawat mangsa yang terlibat juga akan diambil dan sekarang kita minta saksi yang ada di tempat kejadian.

Video: Lelaki, Teman Wanita Ditumbuk ADUN Kedah?

“Ini terutamanya dua orang awam yang menaiki motosikal yang dilihat di dalam video yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

“Perakam video kejadian juga diminta untuk tampil memberi keterangan di balai polis berdekatan.

“Polis akan menjalankan siasatan dengan telus dan seadil-adilnya bagi mengetahui siapa yang bersalah dalam perkara ini,” katanya kepada pemberita pada majlis tamat latihan konstabel sukarelawan simpanan PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang pengadu yang dikenali sebagai Alif Adam Mohd. Munaim mendakwa telah dipukul oleh tiga individu termasuk seorang ADUN di hadapan sebuah kompleks beli-belah. – BERNAMA

Tags: adunkes gaduh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd