• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM274.8 Juta Diperuntukan Bagi Program Bantuan Rumah Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM274.8 juta diperuntukan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) bagi membina 3,055 rumah baru dan membaik pulih 8,168 rumah tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata program itu menyasarkan pemberian bantuan kepada golongan miskin tegar dan miskin di luar bandar.

“Pelaksanaan bantuan itu dibiayai dalam bentuk geran kepada kumpulan sasar di mana penerima tidak perlu membayar balik pembiayaan berkenaan.

“Adalah diharapkan pelaksanaan PBR itu akan meningkatkan taraf hidup kumpulan sasar dengan penyediaan kediaman yang selamat dan selesa,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang ingin tahu langkah kementerian membantu daripada segi pemilikan dan pembaikan rumah penduduk luar bandar.

Menjawab soalan tambahan Mohd Fasiah yang mahu kerajaan melihat kembali syarat menyertai PBR supaya lebih ramai penduduk luar bandar dapat memiliki rumah, Ahmad Jazlan berkata kerajaan memahami kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

“Kalau boleh anggota Parlimen sendiri boleh mencadangkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) pada masa akan datang supaya takrif kemiskinan itu kita naikkan jumlah pendapatan isi rumah.

“Kita faham dengan pendapatan isi rumah ketika ini. Jadi sudah sampai masanya dikaji semula dengan kos sara hidup yang meningkat,” katanya.

Ahmad Jazlan berkata kementerian berkenaan akan mengemukakan cadangan kepada ICU untuk menambah keluasan rumah PBR untuk keselesaan penduduk.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus-PAS) mengenai sama ada kerajaan bercadang memperluaskan saiz rumah yang dibina di bawah program itu pada masa akan datang untuk keselesaan penerima yang mempunyai anggota keluarga besar. – BERNAMA

Tags: Rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd