Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Alyah Nafi Keluar Kenyataan...

SEMALAM, industri hiburan tanah air menjadi gempar apabila penyanyi yang popular dengan lagu...

DAP Parti Hipokrit Sanggup...

KUALA LUMPUR – DAP merupakan sebuah parti hipokrit kerana sanggup bekerjasama dengan Tun...

Mat Rempit ‘Memekak’ Ditahan...

SHAH ALAM : Tindakan seorang ‘mat rempit’ ‘memekak’ menggunakan motosikalnya dekat Dataran Kemerdekaan,...

Lelaki Lemas Selepas Terjun...

ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjun ke laut semasa cuba...

Remaja Rakam Selfie 8 Tahun, Lihat Perubahan Wajah

BAGI sesetengah orang, gambar lama merupakan satu pengalaman ngeri yang tidak mahu dilihat atau dikongsi, namun berbeza pula dengan seorang anak muda ini yang telah merakam gambar selfienya sejak berusia 12 tahun sehinggalah usianya mencecah 20 tahun.

Hugo Cornellier, dari Montreal, Canada, telah mengambil gambar sendiri (selfie) setiap hari selama lapan tahun dan dijadikan klip video untuk melihat perubahan yang berlaku ke atas wajahnya.

Remaja Rakam Selfie 8 Tahun, Lihat Perubahan Wajah
Hugo Cornellier

Melalui klip video yang berdurasi 2 minit itu, jelas kelihatan perubahan wajah yang berlaku pada Hugo dari seorang yang tidak memiliki jambang sehinggalah berjambang. Malah beberapa gaya rambut turut juga mengalami perubahan selama lapan tahun itu.

Hugo telah memuat naik klip video itu ke laman YouTube miliknya dan telah menerima lebih daripada 2 juta tontonan selepas dimuat naik tahun lalu.

“Saya sangat teruja kerana akhirnya berjaya menunjukkan hasil yang telah saya usahakan,” kata Hugo.

Remaja Rakam Selfie 8 Tahun, Lihat Perubahan Wajah
Hugo Cornellier

Menurut Hugo kepada sebuah portal, dia mendapat inspirasi itu setelah melihat Noah Kalina yang telah merakamkan dirinya setiap hari selama enam tahun.


Jelas Hugo lagi, proses menghasilkan video itu memakan masa yang lama dan merumitkan kerana terpaksa ‘bergelumang’ dengan 2000 keping gambar untuk mendapatkan apa yang diingini.

Tambahnya lagi, dia cuba untuk mengekalkan posisi badannya sepanjang merakam gambar itu supaya perubahan yang berlaku pada wajahnya jelas kelihatan dan cuba untuk tidak menampakkan sebarang reaksi.

Selain itu, Hugo turut memuat naik gambarnya melalui Instagram miliknya yang hanya mempunyai seramai 300 pengikut sahaja. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori