Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Siput Gondang Bawa Rezeki...

TEMERLOH - Siput gondang biasanya dikaitkan sebagai perosak tanaman padi yang menyebabkan pesawah...

Mungkin Inilah Pemandu Uber...

DI era ini, perkhidmatan Uber semakin mendapat tempat di kalangan pengguna pengangkutan awam...

Pelantikan PM Khianati Prinsip...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad...

BN Perak Tak Upah...

KUALA KANGSAR - Barisan Nasional (BN) negeri Perak tidak mengupah paraglider untuk membawa...

Remaja Perempuan Mati Dibakar Hidup-Hidup

Peshawar, Pakistan – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dibunuh dengan kejam selepas diberi dadah sebelum dibakar hidup-hidup dalam van jenis Suzuki oleh penduduk kampung kerana disyaki membantu rakannya melarikan diri dengan teman lelaki minggu lalu.

Mayatnya yang rentung ditemui Jumaat lalu, terikat di tempat duduk belakang van berkenaan di Kampung Galyat Makool di daerah Abbottabad.

Penduduk mendakwa kononnya remaja itu mengalami masalah mental dan cuba membunuh diri.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati pelajar itu diculik dari rumahnya selepas diberi makan sesuatu menyebabkan dia pengsan sebelum dibakar atas arahan ketua jawatankuasa kampung atau jirga sebagai hukuman membantu rakan sekolahnya itu, melarikan diri, pada malam yang sama dia diculik dari rumah.

Berikutan itu, polis menahan 14 orang, termasuk ketua jawatankuasa kampung, Muhammad Pervez, serta ibu remaja malang itu kerana menyokong keputusan jirga.


Timbalan Ketua Polis Abbottabad, Khurram Rasheed, berkata Muhammad yang mengaku melakukan jenayah itu, berkata dia ke rumah mangsa dan memanggil remaja berkenaan keluar pada malam 28 April lalu, memberinya makan sesuatu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian diikat dan dimasukkan ke dalam van sebelum dibakar kira-kira jam 3 pagi. Jirga bukan saja menyalahi undang -undang malah tidak berperikemanusiaan,” katanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori