• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Razip Kecewa Benteng Pertahanan Pahang Lemah

oleh Ahmad Albab
22/05/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kelemahan benteng pertahanan Pahang telah mengakibatkan pasukan itu dihukum dengan kekalahan besar 0-6 ketika bertemu JDT di halaman sendiri malam tadi.

Ketua Jurulatih Pahang, Razip Ismail berkata beliau amat kecewa dengan persembahan yang dipamerkan oleh para pemain di posisi itu yang dilihat terlalu banyak melakukan kesilapan.

“Pada awal minit pertama, kita bermula dengan baik tetapi apa yang mengecewakan malam ini ialah cara kita bertahan.

“Enam gol dijaringkan pihak lawan adalah berpunca daripada kelemahan barisan pertahanan tetapi kesalahan bukan sahaja dipikul oleh empat pemain pertahanan bahkan kesemua mereka.

“Di Johor Baharu tempoh hari kita masih boleh bertahan tetapi di halaman sendiri kita tidak mampu. Saya tidak tahu apa punca sehingga begitu banyak kesilapan dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.

Razip berkata kekalahan besar yang dialami perlu diambil iktibar dan diperbaiki oleh pasukan dalam usaha mengekalkan skuad Tok Gajah dalam kancah Liga Super musim depan.

“Dalam tempoh rehat selepas ini kita akan gunakan sebaik-baiknya untuk meningkatkan segalanya termasuk kecergasan.

“Saya amat berharap pemain dapat berubah dan meningkatkan prestasi bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

“Kalau terus bermain seperti ini pada pusingan kedua, kita mungkin kalah lebih teruk dan tidak kekal dalam Liga Super musim hadapan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Longhi Hadiah Kejuaraan Kepada Tunku Ismail, Peminat

12/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Raul Longhi menghadiahkan kemenangan mereka sebagai juara Liga Super buat musim...

Bas Pasukan Pahang Kena Conteng

18/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Bas membawa pasukan Pahang ke Johor bagi menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd