• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRS Yakin 11 Calonnya Menang Dengan Majoriti Selesa

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Parti Rakyat Sarawak (PRS) yakin dapat mencapai kemenangan dengan ‘majoriti sangat selesa’ pada kesemua 11 kerusi yang ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak, kata presidennya, Tan Sri Dr James Jemut Masing.

“Semasa mengesahkan senarai calon PRS oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, saya memberitahu beliau saya akan kembalikan 11 kerusi kepadanya.

“Saya turut membuat janji yang sama kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) semasa pilihan raya umum 2013 apabila beliau memperuntukkan enam kerusi kepada kita,” katanya kepada Bernama di sini hari Khamis.

Dr Masing berkata beliau selesa bertanding pada pilihan raya negeri dengan Adenan menjadi faktor ‘feel good’ (faktor yakin) bagi BN.

“Ini akan menjadi kemenangan besar bagi BN dan ia adalah terutama kerana Adenan,” katanya yang akan mempertahankan kerusi Baleh sejak 1983 pada pilihan raya negeri, Sabtu, ini.

Menurutnya kempen kesemua calon PRS termasuk empat muka baharu berjalan dengan baik dan lancar.

PRS bertanding kerusi Balai Ringin, Bukit Begunan, Batang Ai, Ngemah, Tamin, Kakus, Pelagus, Baleh, Belaga serta dua kerusi baharu, Murum dan Samalaju.

Dr Masing juga berkata PRS membuka pintu kepada calon langsung BN untuk menyertai parti itu jika mereka menang pada pilihan raya kali ini.

“Malah, mereka ini boleh memilih mana-mana parti komponen BN…bagi saya, pintu kami terbuka kepada mereka,” katanya.

Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negeri Sarawak, BN mengetengahkan 13 calon langsung dalam pertandingan di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada hari penamaan calon, 25 April lepas, BN menang dua kerusi tanpa bertanding iaitu kerusi Bukit Sari dan Bukit Kota. – BERNAMA

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jabatan Warisan Negara Siasat Penemuan Kapal Dagang Di Pekan

Next Post

Isu Banglo: Lim Guan Eng, Isteri Menghadap SPRM Esok

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Isu Banglo: Lim Guan Eng, Isteri Menghadap SPRM Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd