• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Pembangkang Dijangka Guna Taktik Kotor Hari Terakhir

oleh
06/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Barisan Nasional (BN) menjangkakan pembangkang akan menggunakan strategi terakhir yang boleh mengejutkan termasuk taktik kotor pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 pada Jumaat.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengarah PRN ke-11 BN, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg sekali gus beliau berharap pengundi di Sarawak menilai sebaiknya sebelum membuat keputusan pada hari pengundian 7 Mei ini.

“Kita tahu pembangkang akan guna taktik terakhir yang mengejutkan tetapi rakyat tahu mana intan dan kaca,” katanya yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), komponen terbesar BN Sarawak.

Abang Johari yang juga calon di kerusi Satok berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Bagi Kampung Senari di sini, semalam.

Antara taktik yang menjadi viral dalam kalangan netizen tempatan ialah kemungkinan pembangkang membuat ‘cerita’ konon kumpulan tebusan berasal dari Sarawak yang diculik di selatan Filipina sudah dibunuh kejam.

Laporan jahat itu dipercayai akan disebarkan pada saat-saat akhir bagi menyemai perasaan benci rakyat khasnya pengundi ‘atas pagar’ kepada kerajaan BN sekali gus menyebabkan ramai memilih calon pembangkang.

Mengulas mengenai sambutan pengundi terhadap BN dalam tempoh 10 hari berkempen, Abang Johari berkata setakat ini ia adalah positif termasuk di kawasan hitam untuk BN menang khasnya di bandar dan pinggir bandar.

prn sarawak

“Kawasan-kawasan ini memang adalah di bawah wakil pembangkang sebagai penyandang sejak sekian lama tetapi nampaknya kita telah berjaya memberi saingan kuat kepada mereka sepanjang kempen pada PRN kali ini.

“Walaupun kita tidak pasti keputusannya tetapi saingan ini mencerminkan masyarakat di Sarawak menerima dasar-dasar Tok Nan (Ketua Menteri dan Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem),” jelas Abang Johari.

Berhubung tuntutan royalti minyak 20 peratus yang tertunda, beliau berkata pihak kerajaan negeri menerima keputusan Kerajaan Pusat itu disebabkan kejatuhan harga minyak dunia yang terlalu mendadak ketika ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan dari segi prinsip, kerajaan negeri akan terus berunding dengan Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan tuntutan tersebut.

“Kita menunggu masa yang sesuai untuk terus berbincang mengenai tuntutan royalti tetapi buat masa ini kita ‘colop’ (rehat) dahulu kerana kita juga tidak mahu menjejaskan kestabilan negara dari sudut pendapatan,” katanya.

Najib selepas mesyuarat Kabinet Persekutuan yang diadakan buat pertama kali di Kuching, kelmarin menyatakan bahawa permintaan kerajaan Sarawak agar kadar royalti minyak dan gas dinaikkan tetap dipertimbangkan.

Walaupun rundingan tersebut mengambil masa, Abang Johari menjelaskan ini kerana harga minyak mentah di pasaran global ketika ini merudum sehingga menyebabkan negara kehilangan hasil hampir RM40 bilion. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd