• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: DAP Sarawak Kutuk Tun M Tak Buat Pan Borneo Highway

oleh
01/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Semua maklum Tun Dr. Mahathir Mohamad kini bersekongkol dengan pembangkang khasnya DAP susulan kerjasama pelik dan lucu menerusi Deklarasi Rakyat ditandatangani di Kuala Lumpur pada 4 Mac lalu.

Ini menyaksikan bekas perdana menteri itu sering muncul atas pelbagai platform pembangkang termasuk banyak program antikerajaan selain paling dramatik ketika perhimpunan haram Bantah GST di ibu negara baru-baru ini.

Malangnya kerjasama rapuh yang dibina atas niat tidak ikhlas lama-kelamaan pasti akan menemui kegagalan dan ini terbukti ketika ceramah kempen DAP di sini sempena Pilhan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak pada kali ini.

Program ceramah politik parti itu menyaksikan Anggota Parlimen DAP kawasan Stampin, Julian Tan Kok Ping secara terang mengutuk kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu membina lebuh raya Pan Borneo.

dek1

Ketika berceramah di hadapan kira-kira 700 orang itu di tepi Jalan Tun Jugah, beliau mendakwa lebuh raya itu sepatutnya dibina 22 tahun lalu dan bukannya sekarang sebagai bukti konon BN tidak peduli ke atas Sarawak.

Ramai hadirin ceramah itu kelihatan terpinga-pinga kehairanan kenapa Kok Ping lancar menyebut angka 22 tahun kerana pada kelaziman nombor tersebut sinonim dengan tempoh 22 tahun pemerintahan Mahathir sebelum itu.

Jika sekali pun ditolak 22 tahun daripada tahun ini, ia merujuk kepada tahun 1994 iaitu juga semasa pentadbiran Mahathir yang galak digelar oleh pembangkang sebagai era gelap rejim mahazalim, firaun dan diktator kejam.

Ini bermakna Kok Ping secara tidak langsung mengutuk Mahathir yang gagal membina lebuh raya mega tersebut ketika itu walhal ‘Pan Borneo Highway‘ hanya disebut dalam manifesto BN pada pilihan raya umum 2013 lalu.

pan

Projek prasarana raksasa itu malah diteruskan waima kepimpinan Sarawak bertukar pula kepada Tan Sri Adenan Satem pada 2014 sewaktu ekonomi dunia dan Malaysia dibelenggu kemelesetan ekoran kejatuhan harga minyak.

Timbul persoalan kenapa DAP mengutuk hebat Mahathir tidak membina lebuh raya Pan Borneo semasa ekonomi Malaysia dalam keadaan baik tetapi masa sama kini sanggup bekerjasama dengan Mahathir menumbangkan BN.

Soalan cepumas, beranikah DAP cakap isu sama kepada Mahathir atau adakah kerjasama aneh DAP dengan Mahathir sekadar sandiwara mengaburi warga Sarawak menyokong pembangkang atas nama Deklarasi Rakyat?

Ternyata pembangkang memang mengamalkan gaya politik matlamat menghalalkan cara sanggup berbuat apa sahaja sedangkan pada masa sama masih selamba mengutuk sesama sendiri termasuk idola mereka, Mahathir! – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kate Middleton Hiasi Muka Hadapan Majalah Vogue

Next Post

Harinder Ditawarkan RM50 Ribu Untuk Kembali Murtad

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Harinder Ditawarkan RM50 Ribu Untuk Kembali Murtad

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd