• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sarawak: BN Menang Besar Cipta Kejutan 72 Kerusi

oleh
08/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Barisan Nasional (BN) Sarawak sah berjaya meraih kemenangan besar dengan meraih 72 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 sekali gus mencipta kejutan terbaik dalam sejarah.

Berdasarkan tinjauan Mynewshub secara umum, parti pembangkang hanya menang 10 kerusi dengan DAP cuma menang tujuh kerusi, kurang lima kerusi dan sekutunya, PKR kekal status quo di tiga kerusi kubu kuat mereka.

DAP bertanding di 31 kerusi berbanding 15 kerusi ketika PRN ke-10 pada 2011 lalu manakala PKR bertanding di 40 kerusi berbanding 49 kerusi pada PRN sebelumnya. Kedua-duanya malah bertindih calon di enam kerusi sama.

PRN kali ini juga menyaksikan kemunculan sulung sekutu baharu Pakatan Harapan, PAN yang tewas di 13 kerusi dan bekas sekutu pembangkang dalam Pakatan Rakyat, PAS yang tumbang untuk mencuba nasib di 11 kerusi.

BN semasa hari penamaan calon pada 25 April lalu telah pun melakar sejarah apabila menang dua kerusi tanpa bertanding setelah dua calon PKR masing-masing tidak muncul di kerusi Bukit Kota dan Bukit Sari.

Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 82 kerusi termasuk tambahan 11 kerusi baharu susulan proses persempadanan semula kawasan sedia ada yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun lalu.

Terdahulu BN disahkan oleh pihak SPR secara rasmi menang 62 kerusi melepasi majoriti dua pertiga setakat pukul 9.15 malam Sabtu untuk terus menerajui kerajaan Sarawak bagi penggal ke-11 berturut-turut sehingga 2021.

Gabungan empat parti komponen selain sedozen calon langsung dilaporkan mendahului untuk melakarkan kemenangan besar di bawah Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi BN Sarawak.

Beliau yang menang di kerusi Tanjung Datu mengetuai jentera PRN untuk BN buat pertama kali selepas memegang tampuk kepimpinan negeri, dua tahun lepas daripada Tun Abdul Taib Mahmud. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Klip Video Hari Ibu Paling Menyentuh Hati

Next Post

PRN: Rakyat Tolak Maki Hamun Aziz Isa ‘Anak Emas DAP’

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

PRN: Rakyat Tolak Maki Hamun Aziz Isa 'Anak Emas DAP'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd