Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

KP Baru SPRM Anggap...

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri...

Zahid Pengerusi Mesyuarat Majlis...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan...

2,985 Positif Covid-19, 4...

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 dalam negara mencatatkan 2,985 kes hari ini dengan...

Keluarga Mangsa Bot Terbalik...

KEMAMAN - Keluarga pasangan suami isteri yang mati lemas dalam kejadian bot terbalik...

PRN: Azmin Sengaja Tak Hormat Peraturan Imigresen Sarawak?

KUCHING – Alkisahnya kecoh jentera siber PKR mencanangkan ke seluruh alam bahawa kononnya Timbalan Presidennya, Azmin Ali dihina teruk oleh pegawai imigresen ketika dia memasuki Sarawak pada minggu lalu.

Maka berceritalah tentera maya parti pembangkang dari Semenanjung itu kononnya ada pegawai imigresen melemparkan pasport diplomatik si Azmin ketika diperiksa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini.

Bagi yang tidak tahu hujung pangkal versi sebenar, tentulah akan membuat andaian ini satu lagi tindakan ‘jahat’ kerajaan Sarawak menghalang kemasukan tokoh berprofil tinggi pembangkang berkempen di bumi kenyalang.

Mereka dengan sedihnya menyifatkan sekatan ‘zalim’ ke atas Azmin sama seperti dialami hampir 50 individu dari Semenanjung (termasuk pro-BN) dilarang memasuki Sarawak sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini.

Menteri Besar Selangor itu malah hanya dibenarkan berada di Sarawak sehingga 2 Mei sahaja sebelum terpaksa balik ke Semenanjung dengan berat hatinya ekoran tempoh masa terhad diberikan oleh pihak imigresen tempatan.

Begtulah hebatnya permainan putar belit parti pembangkang itu tanpa berani mendedahkan kisah sebenar bahawa tiada pun insiden pasport diplomatik si Azmin itu ‘dilempar’ dengan biadap oleh pegawai imigresen yang bertugas.

Cerita sebetulnya, pasport itu diletakkan di tepi kaunter dan pegawai imigresen sebaliknya hanya meminta kad pengenalan untuk semakan identiti sebelum memimpin Azmin ke pejabat imigresen bagi pemeriksaan lebih lanjut.

Ini hanya merupakan prosedur operasi standard biasa tetapi yang mencetuskan tanda tanya dan mungkin lawak jenaka, apa halnya Azmin menunjukkan pasport diplomatik miliknya kepada imigresen untuk memasuki Sarawak.

Bagi warga Semenanjung yang sering berulang-alik ke Sarawak (dan juga Sabah), sebetulnya cuma menyerahkan Mykad sendiri untuk semakan pegawai imigresen sebelum diberikan slip pengesahan kemasukan terhad 90 hari.

Ini bukan isu baharu kerana ia adalah kuasa autonomi kerajaan Sabah dan Sarawak sejak 1963 bagi mengawal kemasukan penduduk Semenanjung yang datang bukan bertugas, belajar atau menetap langsung di dua negeri itu.


Tindakan imigresen membenarkan Azmin berada sehingga 2 Mei juga adalah atas budi bicara pertimbangan pihak kerajaan negeri mengikut kes tertentu dan itu lebih baik berbanding dia diusir keluar terus pada hari yang sama.

Sesuatu yang tentu menimbulkan kemusykilan besar mengenai ketiadaan rakaman video oleh Azmin sendiri atau penyokongnya sebagaimana pernah sering dilakukan pihak pembangkang bagi membuktikan sesuatu insiden unik.

Semua maklum, pembangkang akan bersedia dengan alat perakam video tersembunyi untuk persediaan senario kes yang memberi keuntungan politik kepada mereka sekali gus menjadi bahan untuk memalukan pihak kerajaan.

Malangnya dalam kes Azmin ini tiada visual waima dimuat naik menerusi laman YouTube untuk diviralkan mereka tetapi sekadar cakap mulut sahaja dan kemudian cerita itu disebarkan dalam bentuk penulisan gosip liar.

Cara kisah sensasi Azmin itu sebenarnya bagi mengalihkan perhatian daripada kemelut pertindihan calon PKR dengan DAP, PAN dan bekas sekutunya PAS pada PRN kali ini yang cukup memalukan pakatan pembangkang.

Hakikatnya kisah pasport diplomatik Azmin konon dilempar dan dia hanya diberi masa beberapa hari di Sarawak tidak lebih menagih simpati rakyat yang sudah bosan dengan pelbagai masalah melanda pembangkang sendiri. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori