• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: 20 Peratus Keluar Mengundi Sehingga 10 Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sebanyak 20 peratus daripada pemilih berdaftar di Sarawak sudah keluar untuk mengundi bagi memilih wakil mereka pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN-11) hari ini, setakat 10 pagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah berkata proses pengundian berjalan lancar pagi ini.

Antara yang sudahpun mengundi sehingga kini ialah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok di sini.

Turut mengundi di tempat yang sama ialah Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Satok.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kemudiannya turut mengundi di tempat sama.

Selain itu, antara yang sudahpun mengundi sehingga 10 pagi ini ialah Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian (calon BN Batu Kawah), calon langsung BN Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan), Datuk Tiong Thai King (calon langsung BN DUN Dudong).

Datuk Janet Lau Ung Hie (calon langsung BN DUN Pelawan), Datuk Hii King Chiong (calon langsung BN DUN Pujut) dan bekas presiden SUPP Tan Sri Peter Chin Fah Kui.

Antara menteri persekutuan dari Sarawak yang telahpun mengundi pagi ini ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. – BERNAMA

Tags: pengundiPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najwa Latif Nafi Sudah Berkahwin, Anggap Lucu Gambar Viral

Next Post

Suapan Terakhir Cucu Buat Nenek Sebelum Menemui Ajal

Related Posts

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

14/09/2024
0

KLUANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui undi melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang...

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan sedikit peralihan pengundi, namun keputusan masih dipengaruhi oleh jumlah pengundi...

Next Post

Suapan Terakhir Cucu Buat Nenek Sebelum Menemui Ajal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd