• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK K. Kangsar: Calon BN Tidak Berkempen Bukan Isu

oleh Ahmad Albab
29/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Ketidakhadiran calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid semasa tempoh berkempen tidak harus dijadikan isu oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin malahan berkata ketidakhadiran calon dalam kempen PRK itu bukanlah yang kali pertama berlaku di negara ini.

Khairy mengambil contoh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, Selangor, M. Manoharan yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008 tetapi tidak berkempen kerana sedang menjalani tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.

“Manoharan yang dalam ISA bukan sahaja boleh bertanding sebagai calon DAP, bahkan menang sebagai ADUN,” katanya ketika berucap pada program Pemuda Prihatin Kuala Kangsar di sini hari ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata ketidakhadiran Mastura dalam kempen PRK Kuala Kangsar kerana edah dan ia dibuat setelah mendapat nasihat daripada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

“Mufti Perak beritahu hukum edah itu memang betul, beliau tidak boleh keluar rumah, tapi tidak dihalang untuk bertanding,” kata Khairy.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad dipilih sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.

Mastura, 55, menerusi tayangan video berkata beliau tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum agama Islam apabila seseorang wanita kematian suami.

Selain itu, Khairy turut mengajak semua anggota Pemuda UMNO dan BN supaya sama-sama membantu kemenangan Mastura dalam PRK Kuala Kangsar selain meningkatkan jumlah majoriti undi.

“Kemenangan ini penting untuk kita teruskan pembangunan di Kuala Kangsar, bawa perubahan sebagaimana yang menjadi hasrat Wan Khair-il Anuar,” katanya.

Pada PRU13, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun depan berikutan kematian Wan Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinPRK Kuala Kangsar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

04/09/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd