• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK: Jentera Pemuda UMNO Fokus Pengundi Muda

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Jentera Pemuda UMNO akan memberikan tumpuan kepada pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata anggota jentera PRK sedang berkursus supaya lebih memahami tugas-tugas mereka untuk mendekati pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan.

“Jentera PRK di kedua-dua kawasan pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk mendekati pengundi muda bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan FitMalaysia peringkat negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau juga berkata jentera Pemuda UMNO tidak akan tergugat jika PKR mencalonkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi Parlimen Kuala Kangsar, Perak.

“Kami tidak kisah siapa yang akan bertanding dan mereka boleh letak mana-mana individu muda atau Dr. Mahathir untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Jentera Pemuda UMNO akan fokus untuk memastikan kemenangan BN di kedua-dua Parlimen ini,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon pada 5 Jun.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JPJ Cekup 2 Warga Pakistan Bawa Teksi Di Bukit Bintang

Next Post

Media Sosial Perlu Bertanggungjawab Kongsi Berita

Related Posts

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

Tiada Mesyuarat MKT UMNO Hari Ini

25/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Tiada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan petang atau malam ini yang dilaporkan bagi membincangkan status keahlian...

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

Zahid Dah Beritahu Sedia Untuk Bertarung, Kata Khairy

12/01/2023
0

PAU 2022 | Hanya kira-kira tiga jam selepas menganggap langkah mengehadkan pertandingan dalam Umno sebagai suatu "kegilaan" yang mesti dihalang,...

Next Post

Media Sosial Perlu Bertanggungjawab Kongsi Berita

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd