• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden MCA Tawar Letak Jawatan Jika Usul Hadi Dilulus

oleh
28/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN Perdana Menteri sudah menjelaskan bahawa usul persendirian Presiden PAS di Dewan Rakyat pada Khamis lalu bukan Hudud, namun Presiden MCA masih kekal pendiriannya untuk tidak setuju dengan usul itu.

Setelah merungut dan membantah, Datuk Seri Liow Tiong Lai nampaknya mengambil langkah selanjutnya apabila memberitahu akhbar The Star pada Sabtu bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Ini akan dilakukannya nekad jika usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 itu berjaya diluluskan oleh Parlimen dengan undi oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat sendiri.

Usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu telah dilulus untuk dibahaskan Parlimen setelah dibentangkan pada petang Khamis lalu dengan dicadangkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.

RUU itu kemudian disokong pula oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Shirlin. Namun usul tersebut yang dibantah keras wakil-wakil DAP hanya akan dibahaskan dalam sesi persidangan Parlimen pada Oktober depan.

Tiong Lai berkata beliau berhasrat untuk menyekat usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang itu diluluskan, malah menambah, jika tidak berjaya beliau sedia berkorban dengan meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Namun katanya yang juga Ahli Parlimen Bentong, MCA akan kekal sebagai parti dalam komponen BN. Kata Tiong Lai lagi, keputusanya itu adalah bersifat peribadi dan tidak ada kena mengena dengan MCA secara keseluruhan.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Jumaat menjelaskan timbul salah faham besar mengenai usul RUU berkenaan.

Katanya usul tersebut sebenarnya adalah untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan bukan pun undang-undang Hudud seperti yang dimomokkan oleh banyak pihak selama ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: HududLiow Tiong LaiMCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd