• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis P.Pinang Buka Kertas Siasatan Gerakan Terima Surat Berbaur Ugutan

oleh Ahmad Albab
01/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung sepucuk surat berbaur ugutan yang diletakkan di hadapan Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang di Jalan Macalister, George Town Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata berdasarkan cap pos di setem surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng, ia dihantar dari pejabat pos di Kota Kinabalu, Sabah.

Polis negeri bekerjasama dengan polis Kota Kinabalu bagi menyiasat motif surat itu dihantar dan mengesan pihak yang menghantarnya, katanya kepada pemberita selepas program kebajikan dan penyerahan cek RM10,000 oleh Persatuan Penunggang Motosikal Besar dari tiga negara di Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Yee Ran Jing Sheh di Taman Belimbing, di sini Ahad.

Pada majlis itu, sebanyak 700 penunggang motosikal dan 20 buah kereta mewah dari Malaysia, Singapura dan Thailand turut berkonvoi membawa kanak-kanak rumah tersebut bagi memberi peluang mereka merasai sendiri menaiki kenderaan berkenaan.

Katanya surat itu turut mengandungi keratan akhbar berbahasa Cina berkaitan isu penjualan tanah Taman Manggis dan wang kertas palsu yang digunakan dalam upacara pembakaran untuk mereka yang telah meninggal dunia dalam masyarakat Cina.

“Biar pihak polis siasat dan saya harap mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, surat berbaur ugutan itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan agresif parti itu mendedahkan kontroversi penjualan tanah Taman Manggis dan pembelian banglo di bawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Sementara itu, Abdul Ghafar berkata polis sedang giat mengesan dua lelaki warga Indonesia yang meloloskan diri dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Jalan Mount Erskine, George Town awal pagi 18 April lepas.

Dalam kejadian itu, dua lelaki Indonesia yang baru memecah masuk sebuah rumah di Pulau Tikus di sini ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di kawasan simpang tiga Jalan Mount Erskine manakala dua lagi rakan mereka melarikan diri ke kawasan semak berhampiran. – BERNAMA

Tags: polisugutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd