• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR: Siasat Rasuah Seks Kerajaan Selangor

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu pihak berkuasa membuat siasatan secara profesional dan cekap berhubung dakwaan berlaku rasuah seks dalam kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh membiarkan sebarang campur tangan politik dalam siasatan tersebut.

“Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli telah menyatakan bahawa beliau akan berbuat demikian (membuat laporan kepada SPRM) pada hari Isnin ini.

“Adalah disarankan agar pihak SPRM melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan profesional dan cekap, tanpa sebarang campur tangan politik,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mesyuarat Biro Politik PKR pada Selasa lalu mengarahkan Rafizi yang juga pakar propaganda pembangkang membuat laporan SPRM berhubung pendedahannya mengenai gejala rasuah seks dan wang ringgit dalam kerajaan Selangor.

Perkara itu terdedah apabila satu perbualan whatsapp diantara Rafizi dengan beberapa ahli dan pemimpin parti itu bocor kepada umum.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dalam respons beliau berhubung dakwaan itu bagaimanapun menegaskan bahawa pihak yang membuat dakwaan itu sebagai bacul kerana menyebarkan fitnah ke atas kerajaan Selangor yang ditadbirnya.

Mengulas reaksi Mohamed Azmin tersebut, Wan Azizah menyatakan bahawa PKR buat masa ini masih meletakkan kepercayaan terhadap pentadbiran kerajaan Selangor di bawah Mohamed Azmin.

Bagaimanapun, kata beliau, Mohamed Azmin perlu mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang terlibat jika perkara yang didedahkan Rafizi itu didapati benar.

“Saya yakin sekiranya terdapat bukit yang kukuh berkenaan apa jua salah laku oleh sesiapa pun di dalam pentadbiran kerajaan Selangor, Menteri Besar akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Segelintir pemerhati politik bagaimanapun melihat pendedahan Rafizi itu sebenarnya disengajakan sebagai sebahagian daripada `perang’ politik dalaman yang berlaku diantara keluarga Wan Azizah dan Mohamed Azmin.

Ia berpunca daripada kedegilan Mohamed Azmin meneruskan kerjasama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meskipun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya kerjasama itu dihentikan.

Anwar yang juga bekas Ketua Pakatan Harapan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana didapati salah meliwat seorang lelaki lain yang merupakan pembantu peribadinya menulis satu surat berkenaan perkara itu baru-baru ini. – Mynewshub.cc

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd