• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Terhempas Disiasat Menyeluruh – Panglima TUDM

oleh Ahmad Albab
21/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden pesawat latihan miliknya, Aermacchi MB-339 terhempas di Kampung Pandan Dalam, Nenasi, Pahang Selasa lalu.

Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata siasatan merangkumi pelbagai aspek termasuk teknikal, kesilapan latihan dan kesilapan manusia.

“Di peringkat interim kita dapati kejadian berlaku menjurus kepada masalah teknikal, tetapi tidak confirm lagi dan siasatan masih dijalankan.

“Untuk mengetahui punca ia mengambil masa, ia bergantung kepada keadaan. Kadang-kadang kita kena bawa analisis (siasatan) ke peringkat lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 54/2016 di Institut Latihan Tentera Udara di sini hari Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari pada Selasa itu, pelatih penerbangan Leftenan Mohd Hakimi Hairi patah kaki manakala jurulatih, Mejar Nazrul Hafiz Zaimi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menjelas lanjut, Roslan berkata TUDM mempunyai sekumpulan pegawai yang berpengalaman untuk menjalankan siasatan.

Tambahnya TUDM juga akan menjalankan siasatan terhadap enjin pesawat latihan terbabit bagi menentukan sama ada ia boleh digunakan semula.

Roslan berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan dan TUDM mempunyai peraturan yang agak ketat sebelum sesebuah pesawat memulakan penerbangan.

“Kita ada beberapa check list, panduan, arahan yang perlu diikuti. Kita akan tengok semua sama ada ok…kalau semuanya berjaya barulah pesawat boleh terbang,” katanya.

Sementara itu, Roslan menyambut baik kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Khamis lalu bahawa audit menyeluruh ke atas semua aset TUDM akan dilaksanakan oleh pihak ketiga bagi memastikan ia berada dalam keadaan terbaik.

Hishammuddin berkata proses audit itu perlu segera dijalankan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Pada majlis itu, seramai 353 perajurit menamatkan latihan asas ketenteraan yang bermula sejak 31 Dis lalu. – BERNAMA

Tags: Nahas Pesawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cara Student ‘U’ Boleh Tambah Duit Tanpa Ikat Perut

Next Post

Viral Telur Halal Dianggap Keterlaluan – Jakim

Related Posts

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

Kelucahan Melampau: ‘Ustaz Budak’ Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

Nahas Pesawat Di Kapar: Laporan Awal Siap Dalam 30 Hari – MOT

16/02/2024
0

PUTRAJAYA: Laporan awal siasatan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor pada Selasa lalu, akan disediakan dalam masa 30...

Next Post

Viral Telur Halal Dianggap Keterlaluan - Jakim

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd