Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Terdapat sedikit rasa janggal apabila nama Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz tidak disebut seperti biasa sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

Sebaliknya, semasa pengacara majlis pada acara Forum Kewangan Islam Global 5.0 di sini, hari ini mengumumkan ketibaan gabenor, yang kelihatan adalah Datuk Muhammad Ibrahim.

Dilihat agak tenang, Muhammad berjalan dengan yakin ke pentas selepas dijemput untuk menyampaikan ucapan pertama beliau sebagai pemimpin bank pusat yang baharu.

Muhammad, yang dilantik awal bulan ini, masih menunjukkan sedikit gementar walaupun ia bukan ucapan pertama beliau.

“Mungkin kedudukan baharu beliau menjadikannya sedikit gementar,” menurut sumber yang rapat dengan beliau kepada Bernama.

Bagaimanapun, dengan pengalaman luas beliau dalam industri ini, bekas timbalan gabenor itu dapat mengatasi dengan segera rasa gementar itu dan menghabiskan ucapannya dengan yakin.

Acara rasmi pertama beliau telah menarik minat yang tinggi daripada kalangan media yang mahu mendapatkan komen beliau mengenai isu-isu semasa, yang berharap gabenor itu mempunyai pandangan yang mungkin berbeza daripada penyandang sebelum ini.

Jumlah yang hadir di dewan Sasana Kijang itu adalah luar biasa, dengan hampir 30 wartawan, termasuk kira-kira 10 daripada stesen televisyen, menantikan untuk bertemu dengan Muhammad sebelum beliau meninggalkan majlis itu.


Soalan utama adalah sama ada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ingkar ke atas pembayaran kupon bagi bon US$1.75 bilion yang matang pada Khamis.

Dengan senyuman, Muhammad memberikan jawapan yang pendek dan ringkas: kerajaan akan melunaskan semua obligasi hutangnya.

Sebelum beredar, beliau mengingatkan wartawan berhubung pengumuman BNM mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku pertama pada Jumaat, antara acara tahunan utama bank pusat.

“Jumpa anda pada Jumaat,” kata beliau yang mengenakan sut hitam, yang akan lebih banyak dilihat berbanding penampilan wanita berbaju kurung biru sebelum ini. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...