MILAN –  Penyerang Atletico Madrid, Fernando Torres menyebut bahawa Final Liga Champions bertemu Real Madrid tengah malam nanti sebagai perlawanan terpenting dalam hidupnya.
Pemain berasal dari Sepanyol itu berusia 32 tahun pernah menjuarai kejuaraan bersama Chelsea pada tahun 2012, Dia juga berjaya menjuarai Piala Dunia dan Piala Eropah bersama Sepanyol.

Walaubagaimanapum, sejak 2001 hingga tahun lepas lagi, Torres belum pernah meraih sebuah trofi kejuaraan utama bersama Atletico Madrid.
“Ia berbeza dengan biasa, Inilah yang saya inginkan musim ini, lebih daripada yang saya impikan,” kata Torrres

Tuah Torres pada perlawanan Final?
“Tak diragukan lagi ini perlawanan terpenting dan terindah dalam hidup saya. Sesuatu yang boleh saya lakukan dengan kelab yang pernah memberi saya peluang untuk menghidupkan karier saya, dan pasukan sejak umur 5 tahun, tetapi berbeza daripada hal-hal yang lain sebelum ini, kata Torres.
Torres meninggalkan Vicente Calderon untuk menyertai Liverpool pada tahun 2007 dan menyertai pasukan Atletico Madrid pada tahun 2010 hingga 2014 ketika kelab tersebut meraih dua kejuaraan Liga Europah, Copa del Rey, dan Juara La Liga pada 2014. – MYNEWSHUB.CC