MILAN – Khabar baik buat pasukan Real Madrid apabila bintang sensasi pasukan itu Cristiano Ronaldo pulih dari kecederaan yang dialami menjelang perlawanan akhir bertemu Atletico Madrid.
Pemain Portugal itu cedera di paha kirinya kerana bertembung dengan penjaga gol pasukannya, Kiko Casilla dalam sesi latihan selasa lalu dan dilihat meninggalkkn sesi latihan itu lebih awal.
Pengurus Real Madrid,  Zinedine Zidane mengesahkan bintang Portugal yang terlepas perlawanan pertama di Stadium Etihad dapat beraksi semula selepas sembuh dari kecederaan paha kirinya.
“Ronaldo, telah pulih sepenuhnya. Dia telah berlatih pagi ini dan akan diturunkan bermain tengah malam nanti,†ujar Zidane semasa sidang media di Bernabeu Selasa lalu.
Namun begitu penyerang Karime Benzema berada di tepi padang tidak dapat beraksi untuk perlawanan esok, sementara Casemiro mengalami kecederaan pinggang dan tidak dapat diturunkan menentang Atletico Madrid .
“Karim Benzema tidak pulih sepenuhnya hari ini dan kami tidak ingin mengambil risiko, Casemiro pula kecederaannya tidaklah serius tapi masih bengkak dan kami tidak mahu ambil risiko. kata Zidane
“Kami mempunyai skuad yang baik dan cukup untuk bermain, kami akan cuba menurunkan pasukan terbaik, sesiapa sahaja yang bermain di posisi Casemiro akan melakukan tugasan sama sepertinya,†ujar Zidane.  – Mynewshub.cc