• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Perbuatan Sabotaj Sistem myIMMs Berlaku Sejak 2010’

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kegiatan mensabotaj pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) di Jabatan Imigresen didapati berlaku sejak tahun 2010, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi.

Beliau berkata demikian semasa dihubungi Bernama semalam ketika diminta mengulas mengenai myIMMs yang dipercayai mempunyai unsur sabotaj seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Isnin lepas.

Sakib berkata: “Aktiviti mensabotaj sistem myIMMs berlaku semenjak 2010 dan telah sampai ke tahap yang serius yang memerlukan tindakan yang tegas.”

Pihak imigresen telah mengenal pasti individu-individu yang terlibat namun siasatan masih diteruskan dan akan diumumkan apabila tiba masanya, katanya.

Tanpa mendedahkan jumlah individu yang terlibat dalam kegiatan itu, Sakib berkata Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi penjawat awam dan akta-akta yang bersesuaian sekiranya tindakan mereka didapati boleh menjejaskan keselamatan negara.

Beliau berkata Jabatan Imigresen bersama Polis Diraja Malaysia sedang bekerjasama menjalankan siasatan bagi membanteras aktiviti mensabotaj sistem myIMMs ini.

Selasa lepas, satu pasukan petugas yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim telah ditubuhkan untuk menyiasat pelaksanaan sistem myIMMs.

Alwi berkata pasukan itu kini dalam proses mengumpul dokumen berkaitan bagi mengenal pasti kelemahan pelaksanaan myIMMs.

Dalam LKAN 2015 Siri 1 menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.

Menurut laporan itu, kemudahan biometrik myIMMs bernilai RM10.3 juta telah dibekalkan dan dibayar, tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga rakyat Malaysia. – BERNAMA

Tags: Kastamsabotaj
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Segerakan Siasatan, Dedah Petualang Dakwaan Komplot Sabotaj Negara

Segerakan Siasatan, Dedah Petualang Dakwaan Komplot Sabotaj Negara

28/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan petualang yang terbabit serta bersubahat dalam dakwaan...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd