• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Teksi Didenda RM10,000 Kerana Terima Suapan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pengusaha syarikat teksi didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menerima rasuah wang tunai RM1,000 daripada seorang pemandu teksi bagi menyelesaikan satu kes, Julai tahun lepas.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz turut memerintahkan Radzali Attan, 55, menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Radzali didakwa menerima wang itu daripada Mohd Yunos Wahab sebagai dorongan dengan cara menjalankan pengaruh peribadi ke atas penjawat awam iaitu pegawai daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menyelesaikan kes yang dihadapinya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Mohd Yunos melakukan kesalahan itu ketika memandu teksi bernombor HJA 1000 pada 7 Jun 2015.

Radzali yang juga bekas Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu Teksi Muar dituduh menerima suapan terbabit di rumahnya di Lorong Hajah Salamah, Off Jalan Bakar Batu, Muar pada 1.15 tengah hari, 13 Julai 2015.

Dia yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda, dituduh mengikut Seksyen 163 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum setahun atau denda atau kedua duanya sekali.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norsyarina Raizan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal selepas mengambil kira faktor kepentingan awam dan memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatannya.

Radzali yang tidak diwakili peguam dan sudah tidak bekerja dalam rayuannya, memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan tiga daripada 11 anaknya masih bersekolah, seorang daripadanya merupakan orang kurang upaya (OKU) manakala dia sendiri sedang menjalani rawatan hospital akibat sakit tulang belakang.

Radzali kemudian membayar denda berkenaan. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd