• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Di Semenanjung Semak Daerah, Pusat Mengundi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pemilih di Semenanjung Malaysia untuk menyemak daerah mengundi dan pusat mengundi masing-masing mulai esok (6 Mei) hingga 12 Mei susulan langkah pengemaskinian daerah mengundi.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata pemakluman itu hanya melibatkan pemilih berdaftar sehingga 30 Sept 2014 yang diwartakan pada 26 Nov 2014 sahaja kerana daftar pemilih itu digunakan sebagai asas pelaksanaan urusan kemas kini tersebut.

Menurutnya terdapat daerah-daerah mengundi baharu yang diwujudkan bagi memudahkan pengurusan pilihan raya dan pendaftaran pemilih.

“Terdapat lokaliti yang telah diperbetulkan kedudukannya mengikut lokasi sebenar di lapangan dengan berpandukan aplikasi Sistem Maklumat Geografi terkini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengemaskinian itu telah diwartakan dalam Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu pada 29 April lepas.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempat pemeriksaan, pemilih boleh melayari portal rasmi SPR di www.spr.gov.my atau menghubungi talian 03-88927000 atau pejabat-pejabat pilihan raya negeri masing-masing. – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd