• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Didakwa Cabul Anak Tiri

oleh Ahmad Albab
11/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bapa tiri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencabul anak tirinya, Januari lalu.

Warga emas berumur 60 tahun itu didakwa telah memeluk dan mencium anak perempuan tirinya berusia 12 tahun dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di dalam kereta di hadapan sebuah sekolah di Wangsa Maju antara 6 dan 8 pagi, 28 Jan lepas.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh yang merupakan pengawal keselamatan itu didakwa memeluk pinggang dan meraba mangsa dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di atas kerusi kayu sebuah rumah di Wangsa Maju pada 1 pagi, 31 Jan lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar menawarkan wang jaminan RM8,000 bagi pertuduhan pertama dan RM10,000 bagi pertuduhan kedua dengan seorang penjamin serta memohon mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Peguam Ahmad Zahid Abu Hasim memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan tertuduh perlu menyara empat orang anak.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 14 Jun untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: cabul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

13/03/2025
0

TEMERLOH - Seorang lelaki mendakwa gersang kerana 13 tahun tidak bersama wanita akibat HIV positif ditahan pada Rabu selepas mencabul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd