• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin G7 Kutuk Ujian Nuklear Korea Utara

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISE-SHIMA (Jepun) – Para pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengutuk sekeras-kerasnya ujian nuklear Korea Utara pada Januari tahun ini dan pelancaran senjata nuklear menggunakan teknologi peluru berpandu balistik, kata Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.

“Pemimpin G7 berkongsi keazaman kuat untuk cuba membina dunia tanpa senjata nuklear dalam usaha mewujudkan dunia yang lebih baik, walaupun menyedari ia bukan tugas yang mudah,” katanya pada sidang media di sini.

Abe, pengerusi Sidang Kemuncak G7 Ise-Shima juga menyatakan bahawa pemimpin G7 memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu nuklear kepada dunia ketika senario keselamatan Asia kini semakin sukar.

Pernyataan Deklarasi Pemimpin G7 Ise-Shima yang dikeluarkan hari ini mendesak Korea Utara segera mematuhi sepenuhnya semua resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) yang berkaitan dan komitmen di bawah Kenyataan Bersama Rundingan Enam Pihak 2005, dan tidak menjalankan apa-apa lagi ujian atau pelancaran nuklear, atau terlibat dalam apa-apa tindakan yang boleh menggugat kestabilan atau tindakan provokatif.

Deklarasi menarik perhatian bahawa tindakan-tindakan ini melanggar beberapa resolusi UNSC dan menimbulkan ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa.

Sementara itu, lawatan Presiden Barack Obama ke Hiroshima pada Jumaat menempa sejarah tersendiri dengan menjadi Presiden Amerika Syaikat yang pertama melawat Hiroshima sejak Amerika menggugurkan bom atom pada 1945, mengorbankan kira-kira 80,000 orang dan mempercepatkan Perang Dunia Kedua berakhir.

Semasa lawatan hari ini, Obama meletakkan kalungan bunga di Taman Peringatan Keamanan Hiroshima di Hiroshima bagi menghormati mereka yang terkorban dalam Perang Dunia II, tetapi tidak akan meminta maaf bagi pengeboman, menurut laporan.

Selain Abe dan Obama, pemimpin G7 lain yang menghadiri Sidang Kemuncak G7 ialah Presiden Perancis Francois Hollande, Canselor Jerman Angela Merkel, Perdana Menteri United Kingdom David Cameron, Perdana Menteri Itali Matteo Renzi, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Presiden Majlis Eropah Donald Tusk, dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker. – BERNAMA

Tags: Nuklear
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

Trump Dan Israel Berbohong, Tiada Bukti Iran Bina Senjata Nuklear

18/06/2025
0

VIENNA - Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan tiada bukti Iran sedang membangunkan program senjata nuklear. Kenyataan...

Russia Lancar Peluru Berpandu Balistik Berkeupayaan Nuklear

Russia Lancar Peluru Berpandu Balistik Berkeupayaan Nuklear

05/11/2023
0

MOSCOW: Russia mendakwa berjaya melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua yang mampu membawa hulu peledak nuklear dari satu daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd