• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembinaan Rumah PR1MA Di Teluk Intan Hadapi Kesulitan

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di kawasan Parlimen ini masih lagi dalam usaha pengambilan tanah berikutan lokasi tanah yang dicadangkan sebelum ini tidak mencukupi bagi cadangan membina 1,000 lot kediaman.

Anggota Parlimen Teluk Intan Datuk Seri Mah Siew Keong mengakui masalah pengambilan tanah masih lagi belum diselesaikan ekoran beberapa faktor termasuk perlu merancang sistem pembangunan sistematik dan holistik demi keselesaan rakyat.

“Sebelum ini kita sudah berjaya memperoleh tanah bagi membina rumah PR1MA di Teluk Intan, tetapi terdapat masalah dari segi keluasan tanah yang diambil.

“Saya bercadang untuk membina 1,000 buah rumah PR1MA di Teluk Intan, namun tanah yang diambil sebelum ini tidak mampu membina jumlah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Bayi Sihat yang disertai 200 bayi dari Hilir Perak di sini hari ini.

Berikutan itu, Mah terpaksa meminta kerajaan mencari semula tanah baharu yang lebih luas bagi membolehkan 1,000 unit rumah PR1MA dibina untuk penduduk Teluk Intan.

“Hasrat saya buat masa ini adalah untuk menyelesaikan masalah pengambilan tanah bagi pembinaan rumah tersebut dalam tahun ini juga supaya projek pembinaan dapat diteruskan.

“Apabila tanah sudah diambil kita akan mulakan projek pembinaan secara berperingkat melibatkan 1,000 unit rumah seperti yang dirancang,” katanya.

Menurut beliau, rancangan menjadikan Teluk Intan sebagai hub pendidikan dengan pembinaan beberapa institusi pengajian tinggi akan menggalakkan lagi penduduk Teluk Intan membeli rumah.

“Jadi dengan adanya rumah PR1MA ini golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat memiliki rumah sendiri di saat Teluk Intan membangun,” katanya. – BERNAMA

Tags: PR1MA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd