• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan BN Inklusif Bagi Capai Keadilan Sosial

oleh Ahmad Albab
03/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Barisan Nasional (BN) memperjuangkan pembangunan seimbang dan inklusif bagi mencapai keadilan sosial, sekali gus mempastikan ekonomi kaum Bumiputera membangun setara dengan kaum lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejak 25 tahun lepas, bilangan penduduk Bumiputera di negara ini telah bertambah daripada 62 kepada 68 peratus pada masa ini.

“Kalau 68 peratus memiliki hartanah dan kekayaan yang terlalu kecil, ia tidak seimbang, maka tak berlakulah keadilan,” kata Najib ketika merasmikan projek pembangunan “Hikmah Exchange” di sini hari ini.

Katanya projek pembangunan Hikmah Exchange ini merupakan permulaan usaha kerajaan memastikan Bumiputera memiliki hartanah terutama di kawasan strategik di bandar.

Projek tersebut bakal menyedia dan meningkatkan jumlah pelabur Bumiputera menyertai pelaburan hartanah komersil melalui amanah pelaburan hartanah.

Najib menjelaskan langkah mewujudkan dana dalam bentuk unit amanah hartanah juga dapat mengelakkan aset Bumiputera mudah berpindah tangan.

“Kita telah mulakan melalui unit Amanah Hartanah Bumiputera yang mana yayasannya saya pengerusikan. Dana unit amanah ini melebihi RM3 billion setakat ini dan langganannya sangat baik.

“Tiap-tiap tahun kita berjaya membayar dividen lebih kurang 6.5 peratus dan unit ini boleh ditukar sebagai wang tunai dengan segera, menjadikan konsep unit amanah hartanah ini begitu menarik,” jelasnya.

Langkah ini, kata Najib, boleh diambil oleh Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak dan kerajaan sedia membantu dan menambah sumbangan dari masa ke semasa.

Bagi memperkasakan lagi ekonomi Bumiputera, katanya kerajaan turut mengambil pendekatan yang lebih inovatif, antaranya melalui dasar “Carve Out & Compete’.

“Contohnya bila kita lancarkan projek ikonik gergasi, 46 peratus nilai kontrak kita berikan kepada syarikat Bumiputera yang terbaik. Projek Menara Warisan Merdeka oleh PNB, kita pastikan 42 peratus kontrak diberi kepada Bumiputera.

“Begitu juga projek Lebuhraya Pan Borneo. Tidak kurang dari RM5 billion, dan kalau boleh RM8 billion mesti kita berikan kepada syarikat Bumiputera,” katanya.

Sementara itu, projek pembangunan Hikmah Exchange di Jalan Haji Taha, seluas 1.4 hektar, bakal menjadi pusat baharu ekonomi di Kuching.

Projek milik Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak (YHBS) itu akan dibangunkan oleh Permodalan Satok Berhad, dengan kerjasama Harakah Islamiah (Hikmah), Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS), Pelita Holdings Sdn. Bhd. dan Faradale Development Sdn. Bhd.

Projek tersebut terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu bangunan pejabat, pusat konvensyen dan ruang komersil termasuk dua blok bangunan pejabat 13 tingkat, 10 tingkat tempat letak kereta, menara komunikasi, ‘sky garden’ dan 12 buah lift. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd