• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Uber Pulau Pinang Tolak Kadar Tambang Baharu

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Beratus-ratus pemandu Uber di sini menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak Uber Management berhubung kadar tambang baharu yang menjejaskan pendapatan mereka.

Jurucakap Penang Uber Partners, Francis Loke, pemandu sepenuh masa selama tiga bulan yang kini digantung perkhidmatan, berkata pada 29 April, Uber Management mengumumkan kadar baharu iaitu tambang permulaan sifar dan hanya 50 sen bagi setiap kilometer atau 20 sen bagi setiap minit untuk semua perkhidmatan Uber Pulau Pinang.

Katanya kadar baharu itu jelas menunjukkan pihak pengurusan tidak mengambil kira kepentingan Uber Partners, terutama di Pulau Pinang yang mempunyai lebih 2,000 pemandu Uber.

“Kami harap Uber Management akan menimbang untuk menghapuskan kadar surcaj dan insentif dan menggantikannya dengan kadar asas secara rata sebanyak RM3, diikuti 60 sen bagi setiap kilometer dan 30 sen bagi setiap minit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Uber adalah firma yang mengendalikan perkhidmatan perkongsian kenderaan melalui aplikasi (App) dalam talian di mana pemilik kenderaan persendirian menawarkan perkhidmatan mengangkut penumpang, tanpa memerlukan permit atau lesen PSV.

Loke berkata pelbagai manfaat bagi Penang Uber Partners juga telah dimansuhkan pihak pengurusan dan tindakan itu menjejaskan kehidupan mereka akibat kemerosotan pendapatan.

Menurutnya, banyak pemandu Uber Pulau Pinang digantung perkhidmatan kerana terlalu lantang mengkritik pihak pengurusan berhubung isu itu.

“Kami sedang menimbang untuk berhenti daripada memandu di bawah Uber App sehinggalah Uber Management menyemak semula kadar tambang itu agar ia lebih munasabah bagi kami,” katanya.

Loke berkata Penang Uber Partners sedang mencari platform atau pengendali App baharu yang bersedia menawarkan bayaran lebih tinggi bagi perkhidmatan mereka. – BERNAMA

Tags: Pulau PinangUber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd