• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Bank Ditahan, Hantar Mesej Jelik Kepada Kerabat Rapat Diraja Johor

oleh Ahmad Albab
20/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang pegawai bank ditahan polis semalam setelah didapati menghantar mesej jelik kepada kerabat rapat Diraja Johor, kata Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Beliau berkata lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan di tempat kerjanya di menara bank di Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.20 malam.

Ia susulan laporan polis yang dibuat seorang petugas istana Diraja Johor kira-kira pukul 10.30 pagi pada hari yang sama, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah telefon bimbit berserta dua unit kad sim daripada lelaki itu.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek memperolehi butiran maklumat nombor telefon bimbit kerabat rapat Diraja Johor itu dengan cara yang tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 1998 yang memperuntuk denda maksimum RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebih setahun atau kedua-duanya.

“Kes juga akan dirujuk ke Jabatan Perlindungan Data Peribadi bagi maksud siasatan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010,” katanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata suspek kini dalam tahanan reman selama dua hari bermula semalam sementara siasatan dilengkapkan.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi dengan menghantar mesej bersifat jelik yang menyusahkan orang. – BERNAMA

Tags: mesej lucahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd