• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan SAR Diminta Waspada Ancaman Buaya – Polis

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, dinasihatkan berwaspada dengan ancaman buaya.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata perairan Lingga hingga Pulau Seduku, Batang Lupar terkenal dengan buaya.

Pulau Seduku merupakan Taman Santuari Buaya Sarawak, dan kawasan perairan bersebelahan dengan Taman Negara Maludam.

Abdul Aziz berkata anggota keselamatan yang terlibat dengan SAR telah dibekalkan dengan senjata.

“Tapi itu perkara biasa. Sehingga memasuki hari ketiga (SAR) tiada ancaman diterima. Namun kita sudah ingatkan semua yang terlibat perlu ambil kira keselamatan diri sendiri,” katanya kepada pemberita di pusat operasi SAR Lingga, kira-kira 49 kilometer dari Bandar Sri Aman.

Beliau berkata kawasan pencarian mangsa nahas sudahpun dikecilkan dan tumpuan diberikan terhadap perairan Lingga hingga Pulau Seduku, dan jumlah anggota akan ditambah mengikut kesesuaian.

“Di sini kita mempunyai pasukan penyelam namun keadaan air sungai yang keruh menyukarkan anggota untuk menyelam. Namun sekiranya keadaan memerlukan, pasukan penyelam sentiasa bersedia,” katanya. – BERNAMA

Tags: nahas helikopteroperasi SARpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd