• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Khas Dihantar Cari Helikopter Hilang Di Sarawak

oleh AK-47
06/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pasukan khas diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihantar bagi menyiasat dan mencari sebuah helikopter dipercayai hilang di kawasan Sebuyau petang ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata laporan awal yang diperoleh mendapati, helikopter itu sepatutnya terbang pada pukul 4.15 petang dan sampai pada pukul 5 petang, tetapi kini telah terputus hubungan.

“Dipercayai ia berada di Sebuyau berhampiran kawasan laut paya. Polis dan Pasukan Gerakan Am bersama Polis Marin telah dikerah untuk menyiasat.

“Mereka berada di sana dan harap kumpulkan dan peroleh maklumat yang diperlukan untuk tentukan bahawa kelima-lima penumpang berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Usahawan Tani Bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalannya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg dan Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin. – BERNAMA

Tags: helikopterZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, semalam....

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

03/03/2026
0

MANILA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut selepas sebuah helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan lapang di Pililla, wilayah Rizal, kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd