• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Kelantan Ulang Tawaran Jawatan Pengerusi Negeri Kepada Husam

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) sekali lagi menawarkan jawatan pengerusi parti itu di peringkat negeri kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa.

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata beliau sedia berundur daripada jawatan itu bagi memberi laluan kepada Husam untuk menerajui parti itu di peringkat negeri.

“Amanah Kelantan bukan setakat mengalu-alukan kehadiran Husam sebagai anggota amanah, bahkan seperti yang saya sebut dahulu, saya pegang jawatan itu untuk Husam.

“Jadi sebaik sahaja dia (Husam) hadir (sertai Amanah) saya akan memberikan kepimpinan Amanah Kelantan kepada beliau,” katanya pada satu majlis parti itu yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad di sini, hari ini.

Februari lepas, Wan Abdul Rahim dipetik sebagai berkata beliau akan memberi laluan kepada Husam untuk menjawat jawatan Pengerusi Amanah Kelantan jika Husam dipecat daripada PAS.

Semalam, Jawatankuasa Tatatertib PAS mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap bekas naib presiden parti itu dan mendapati beliau telah melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c),(d),(e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan UMNO.

Ditanya mengenai dakwaan 10 wakil rakyat PAS akan menyertai parti itu selepas Husam dipecat, Wan Abdul Rahim berkata:”Insya-Allah, tapi belum masa lagi lah,”.

Sementara itu, Khalid berkata pemecatan Husam daripada PAS mencerminkan parti itu kini telah banyak berubah, sekali gus menunjukkan PAS tidak mengkaji suasana politik semasa serta kesannya terhadap parti itu sendiri.

“Saya rasa dengan sikap mereka memecat Husam ini merupakan satu bukti bahawa sebenarnya keadaan dalam PAS taklah seperti dahulu.

“Ini akan mendatangkan kesedaran dalam kalangan rakyat Kelantan bahawa suasana (politik sedang) berubah dan saya yakin rakyat Kelantan akan mendesak supaya Amanah berperanan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang untuk halang kemenangan Barisan Nasional (BN) (di negeri ini),” katanya. – BERNAMA

Tags: husam musaPAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khan Muslim Pertama Jadi Datuk Bandar London

Next Post

Jangan Sebar Gambar Wanita Tanpa Kepala – Polis

Related Posts

Amanah Kelantan: Husam Langgar Perlembagaan Parti

17/05/2022
0

Amanah Kelantan menegaskan tindakan Ketua Amanah Kota Bharu, Husam Musa mengkritik gerak kerja parti adalah bercanggah dengan perlembagaan parti, kata...

Husam Cadang Muhyiddin TPM Berganding Dengan Anwar

12/07/2019
0

SHAH ALAM - Gandingan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai kombinasi...

Next Post

Jangan Sebar Gambar Wanita Tanpa Kepala - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd