• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Mesyuarat Esok Tentukan Calon PRK

oleh Ahmad Albab
14/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Pakatan Harapan akan bermesyuarat esok bagi menentukan parti mana dalam pakatan itu akan meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini.

Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan parti politik pembangkang iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata mesyuarat itu akan diadakan di pejabat Amanah di Kuala Lumpur sebagai persiapan untuk bertanding pada PRK tersebut.

“Kita akan meletak calon sama ada dari DAP, PKR atau Amanah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam anjuran Amanah Pasir Puteh di sini, malam tadi.

Mohamad diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengingatkan pakatan itu supaya tidak meletakkan calon mereka dalam PRK itu jika sekadar untuk menguji sokongan.

Tuan Ibrahim mendakwa kedua-kedua kerusi itu merupakan kerusi tradisi PAS dan parti itu akan mempertahankannya.

Mohamad berkata PAS bukan berada dalam Pakatan Harapan dan jika parti itu hendak bertanding pada PRK tersebut itu adalah hak PAS.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khas semalam memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun.- BERNAMA

Tags: pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd