• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nyaris Maut Kereta Terjunam Dalam Lubang Pembetung

oleh Ahmad Albab
03/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas dan pembantunya terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang projek pembetungan sedalam 12 meter di Seksyen 17 Damansara, dekat sini hari ini.

Pemandu yang hanya dikenali sebagai Yong, 86, dan pembantunya, Marivl Palquing Estoea, 30, bagaimanapun cedera di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Vios, dikatakan terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang pembetungan berkenaan.

“Punca sebenar kereta itu terbabas masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

“Lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damasara berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa dari lubang pembetungan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd