• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Abduh Kecam Azmin Ali Kurang Ajar

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana bersikap kurang ajar dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak menyangka Menteri Besar Selangor akan berkata seperti itu ke atas Presiden PAS yang juga seorang tokoh ulama.

Beliau turut membayangkan kenyataan Mohamed Azmin itu senada dengan pihak yang sering memperlekehkan golongan ulama.

“Ada jugak orang politik kata ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal agamanya,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin berkata beliau ‘bersimpati’ dengan Presiden PAS yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.

Ini kerana, dakwa beliau, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS iaitu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

DAP pada Januari lalu pula menyifatkan Abdul Hadi sebagai manusia mengarut dan dangkal apabila menyatakan DAP menyokong Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana ekonomi dikuasai kaum Cina.

Ahli Parlimen Segambut DAP, Lim Lip Eng dipetik berkata, dakwaan ulama PAS tersebut tidak berasas, malah tidak mencerminkan ketokohan dan keilmuan dimiliki Presiden PAS itu sebagai pemimpin sebuah parti politik.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula pernah mempertikaikan nilai keislaman Abdul Hadi dengan menyatakan sikap Abdul Hadi bukan ajaran Islam atau mana-mana agama di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azmin AliNik Abduh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berubah Alim Apabila Kena Perang Psikologi JDT – TMJ

Next Post

Kementerian Kaji Manfaat Jambatan Ketiga P Pinang

Related Posts

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

06/09/2023
0

Bekas ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri...

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

30/07/2023
0

IPOH : Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau bertanding di kawasan majoriti Melayu dan...

Next Post

Kementerian Kaji Manfaat Jambatan Ketiga P Pinang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd