Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Makan Sisa Pelanggan, Budak...

SEORANG kanak-kanak pelarian Syria yang kebuluran dipukul seorang pengurus restoran makanan segera Burger...

Lelaki Rimas Dikongkong, Kekasih...

KONONNYA demi menjaga kesihatan, seorang kekasih memaksa teman lelaki mengunyah nasi sebanyak 32 kali...

Singapura Sahkan Kes Pertama...

SINGAPURA - Seorang warga China disahkan positif koronavirus baru, 2019-nCoV di Singapura, menurut...

Letak Anak Atas Sejadah...

DATUK Jovian Mandagie adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi apabila bercerita mengenai...

Nazri Aziz Rasmi Magic Of The Night 2016 Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz malam ini merasmikan Magic of the Night 2016, di Anjung Floria, Presint 4 di sini bersempena penganjuran Festival Floria Diraja Putrajaya 2016.

Dianjurkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, program penuh cahaya berwarna-warni itu menyaksikan tasik di Presint 4, Putrajaya akan dihiasi ini persembahan dari 14 buah bot berhias selama sembilan malam berturut-turut mulai malam ini.

Dalam kenyataan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berkata penganjuran kali keenam itu berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan untuk menyaksikan perarakan bot berhias sejauh tiga kilometer itu.

Katanya sepanjang sembilan hari perarakan bot berkenaan, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan bot yang dihiasi dengan ikon-ikon pelancongan Malaysia dalam suasana retro.

Penyertaan bot berhias kali ini terdiri daripada 12 negeri iaitu Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Dua lagi bot berhias ialah wakil daripada Perbadanan Putrajaya (PPj) dan juga Tourism Malaysia.


Perarakan bot berhias akan bermula pada pukul 9 malam hingga 10 malam pada setiap hari penganjuran acara ini dan bot berkenaan akan berlabuh sehingga pukul 11 malam bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk bergambar.

Bot-bot berhias tersebut juga bertanding merebut beberapa gelaran iaitu Flotilla Keseluruhan Terbaik, Flotilla Paling Kreatif, Flotilla Hiasan Lampu Terbaik dan Flotilla Paling Popular yang dipilih melalui pengundian awam.

Orang ramai boleh mengundi bot pilihan mereka untuk kategori Flotilla Paling Popular melalui akaun Facebook kementerian di https://www.facebook.com/mymotac mulai esok hingga pukul 12 tengah hari pada 4 Jun.

Persembahan kebudayaan oleh negeri-negeri dan juga penari dari Istana Budaya turut diadakan pada setiap malam dengan setiap negeri yang menyertai Magic of the Night 2016 menjadi hos kepada acara itu secara bergilir-gilir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori