• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Umum Peruntukan RM2.5 Juta Bantu Pondok

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM2.5 juta bagi membantu institusi pondok di negara ini agar terus maju dan terbela.

Beliau berkata sebanyak RM500,000 untuk bantuan segera menerusi ‘Tabung Kasih Perdana Menteri’ bagi membantu institusi pondok yang ditimpa bencana manakala RM2 juta dalam bentuk geran kepada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM).

Katanya, ‘Tabung Kasih Perdana Menteri’ itu adalah pertama kali diperkenalkan dan peruntukannya akan ditambah mengikut keperluan semasa.

“Saya bersetuju peruntukan geran sebanyak RM2 juta kepada YPPM bagi meneruskan kajian mengenai institusi pondok negara ini, selain mengoperasikan semula instrumen media sosial milik YPPM,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia kali ke-2 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Pengerusi Eksekutif YPPM, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar.

Dalam ucapannya, Najib mengalu-galukan pendekatan ijtimak bertemakan pemantapan istitusi pondok melalui sistem wakaf yang dianggap satu pendekatan yang baik dan munasabah untuk mencari penyelesaian kepada masalah kewangan yang dihadapi institusi pondok.

Katanya, pendekatan wakaf telah lama diamalkan di institusi pengajian tinggi terkemuka dunia seperti Universiti Al-Azhar di Mesir, serta beberapa universiti di negara Barat.

“Universiti terkemuka seperti Harvard, Cambridge dan Yale adalah contoh terbaik yang menggunakan dana daripada orang perseorangan yang berharta.

“Dalam sejarah, wakaf termasuk antara manfaat yang paling mendapat perhatian umat Islam. Hampir setiap kota besar Islam juga ada universiti, perpustakaan dan pusat Islam daripada hasil wakaf.

“Saya berharap semua ini akan membuka hati umat Islam dalam negara ini untuk menggunakan kaedah wakaf untuk pelbagai tujuan termasuk pembangunan institusi pondok pada masa akan datang,” katanya.

Perdana Menteri turut menyarankan YPPM mengambil inisiatif untuk mendaftarkan institusi pondok bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan dan peruntukan yang disediakan pihak kerajaan.

Berhubung kenyataan Dr. Mashitah dalam ucapannya bahawa YPPM kini kekurangan sumber kewangan dan dana bagi membantu institusi pondok, Najib berkata: “Setiap kali beliau (Mashitah) berjumpa dengan saya perkara inilah yang sering kali beliau bangkitkan … bahawa beliau masih belum lagi mendapat bantuan ini kerana (pondok) belum mendaftar.

“Saya berharap kita dapat mencari penyelesaian atas perkara ini kerana hasrat saya nak bantu semua pondok di Malaysia. Mudah-mudahan semua pondok di Malaysia boleh mendapat keuntungan,” katanya.

Mengikut rekod, daripada lebih 400 institusi pondok di negara ini, hanya 112 sahaja yang berdaftar dengan YPPM. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakpondok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd