• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Untuk Lawatan Kerja Sehari Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Terengganu untuk mengadakan lawatan kerja sehari di sini hari ini.

Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebelum terus memulakan lawatan kerja dengan melakukan tinjauan mesra di Pasar Besar Kedai Payang di sini kira-kira pukul 9.15 pagi.

Beliau diiringi Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman, barisan Exco kerajaan negeri, ketua dan pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan.

Kehadiran beliau disambut kira-kira 10,000 rakyat tempatan termasuk peniaga dan pelancong.

Pada program itu, Najib turut meluangkan masa kira-kira satu jam di Pasar Besar Kedai Payang untuk membeli keropok lekor serta beramah mesra dengan para peniaga dan orang ramai.

Najib kemudian bersarapan bersama Ahmad Razif dan orang ramai di bahagian atas pasar berkenaan.

Beliau kemudian meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu masyarakat Cina di Kampung Cina sebelum bergerak ke Universiti Malaysia Terengganu bagi merasmikan program Ijtimak Pondok. – BERNAMA

Tags: Terengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd