• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ingatkan Calon Menang ‘Tidak Lupa Janji’

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya ke-11 (PRN-11) Sarawak supaya jangan lupa kepada janji yang diberi, dan menasihatkan mereka supaya sentiasa berkhidmat untuk rakyat.

Perdana menteri yang mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengetuai jentera pilihan raya BN dalam PRN-11 turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi Sarawak yang terus memberikan kepercayaan dan mandat kepada BN untuk membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun menurutnya kejayaan cemerlang BN ini turut diiringi dengan perasaan amat sedih sekali berikutan kematian mereka yang terbabit dalam kemalangan helikopter dua hari lepas.

Beliau berkata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, bersama suaminya Tuan Asmuni Abdullah, serta pengawal peribadinya Ahmad Sobri, Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai, dan juruterbang helikopter malang AS350 Kapten Rudolf Rex Ragas, merupakan sebahagian daripada mereka yang gigih melaksanakan tugasan dan tanggungjawab masing-masing.

“Komitmen, kerja keras dan pengorbanan mereka akan terus dikenang,” menurut beliau dalam catatan Facebooknya.

Keputusan PRN-11 hari ini menyaksikan BN memperoleh kejayaan cemerlang apabila ia berjaya memenangi 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 82 kerusi DUN, berbanding PRN pada 2011 yang menyaksikan ia menang 55 kerusi daripada 71 yang dipertandingkan.

Dalam kejadian dua hari lepas, helikopter yang membawa rombongan Noriah itu dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan dari Betong, kira-kira 250km dari sini ke Kuching, dan sehingga kini lima daripada daripada enam mangsa kejadian sudah ditemui berhampiran serpihan helikopter, di sekitar sungai Batang Lupar.

Perdana menteri turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk Bumi Kenyalang yang keluar menunaikan tanggungjawab mengundi untuk kesejahteraan negeri dan negara.

“Sebagai Apai Besar Malaysia, saya berjanji, bersama-sama Apai Besar Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan juga wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang lain, kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan dan mandat yang telah anda semua berikan,” katanya.

“Bersama, kami akan pastikan Sarawak terus makmur, membangun dan maju seiring dengan kemajuan negara,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berdepan ‘Bujang Senang’, Cabaran Bagi Anggota SAR

Next Post

Operasi SAR Seorang Lagi Mangsa Helikopter Diteruskan Hari Ini

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Operasi SAR Seorang Lagi Mangsa Helikopter Diteruskan Hari Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd