• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muzium Kristal Semula Jadi Terbesar, Tarikan Terbaharu Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
15/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan yang mempunyai pelbagai muzium dan kemunculan Muzium Kristal semula jadi yang terbesar di dunia di sini, bakal menjadi daya tarikan pelancong ke Pulau Mutiara.

Terletak di No. 15, Lorong Baru, George Town, pelawat muzium ini berpeluang melihat hampir 2,000 jenis keunikan kristal semula jadi yang terhasil di negara ini.

Pengasas Muzium Kristal, Ong Siu Huat berkata muzium ini mempamer 100 peratus koleksi kristal semula jadi yang terdapat di Malaysia dengan kebanyakannya ditemui di Gunung Keriang, Kedah.

“Kelebihan pelawat ke muzium ini ialah mereka berpeluang untuk menyentuh kristal semula jadi dalam pelbagai bentuk seperti keris, kasut, bunga, gajah, durian, buaya, burung hantu dan naga,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata muzium ini mendapat pengiktirafan ‘The Malaysia Book of Records’ sebagai muzium kristal semula jadi terbesar di Malaysia pada Ogos 2014.

“Kami sedang berusaha untuk menyiapkan segala keperluan untuk memohon Guinness World Records sebagai sebuah Muzium Kristal Semula jadi yang paling besar di dunia,” katanya.

Beliau berkata hampir 95 peratus daripada kristal yang dipamer dalam muzium ini merupakan kristal kalsit semula jadi yang tidak diproses tetapi dipulihara dengan baik supaya ia kekal berkilau dan cantik.

“Kebanyakan kristal yang dapat ditemui di Malaysia juga adalah kristal kalsit yang merupakan sejenis kristal yang lebih lembut berbanding kristal kuarza yang agak keras dan boleh diproses untuk dijadikan cincin, gelang dan barang kemas lain,” katanya.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata disebabkan faktor cuaca, kristal kuarza jarang ditemui di negara ini. Kristal jenis itu banyak ditemui di negara seperti Myanmar, Filipina dan Brazil.

“Setelah membeli kristal ini daripada pencari kristal, kami akan menggilapnya daripada habuk dan memulihara dengan menyiram air mineral seminggu sekali,” katanya.

Ong, yang bermula mengumpul kristal sejak 1999, berkata kristal merupakan sejenis batu permata hidup seperti tumbuh-tumbuhan yang lain kerana ia memerlukan air dan mampu bertukar warna atau tumbuh.

Beliau berkata kristal yang disimpan di muzium itu sentiasa disiram dengan air mineral atau air bertapis tanpa klorin setiap minggu supaya ia kekal cantik dan bersinar.

“Selain daripada kecantikan kristal yang pelbagai warna, sesebuah kristal yang semula jadi mampu memberikan aura kepada individu yang memegang atau menyentuhnya,” katanya.

Muzium kristal dua tingkat itu dibuka untuk orang ramai dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari, sejak 20 April lepas.

Tiket masuk untuk dewasa berharga RM20, RM10 untuk kanak-kanak dan RM15 bagi warga emas 60 tahun ke atas bagi warga Malaysia.

Tiket bagi pelancong asing, ialah RM30 bagi dewasa, RM15 kanak-kanak dan RM20 untuk warga emas. – BERNAMA

Tags: MuziumPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd