• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon Beri Subsidi Pengeluaran Padi Kepada Petani Terjejas

oleh Ahmad Albab
02/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Kerajaan negeri Perak berharap kerajaan Persekutuan dapat memberi bantuan subsidi pengeluaran padi kepada para petani yang terjejas berikutan penyusutan air di Empangan Bukit Merah akibat fenomena El Nino.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata bantuan subsidi itu boleh diberi mengikut pengiraan pengeluaran padi musim lepas sebagai antara usaha membantu petani terutama di Kerian yang merupakan jelapang padi negara.

“Saya harap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dapat berbincang dengan kerajaan negeri bagi membantu petani kerana sudah terlepas musim menanam apabila air tidak dapat disalurkan ke kawasan sawah.

“Walaupun kerajaan Persekutuan belum bercadang mengisytiharkan kawasan Bukit Merah sebagai kawasan bencana tetapi kerajaan Persekutuan boleh memberikan subsidi pengeluaran padi setiap musim kepada petani,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke kawasan sawah padi di Gunung Semanggol dan Empangan Bukit Merah di sini hari ini.

Ketika ini para petani menerima manfaat hasil jualan padi pada kadar RM1,200 per tan metrik selain menikmati subsidi harga padi RM300 bagi setiap tan metrik.

Pada 30 April lalu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata seluas 8,097 hektar sawah padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian terjejas akibat cuaca panas dan kering sekarang.

Jumlah pesawah yang terjejas pula adalah seramai 3,197 orang dengan kerugian ditanggung kira-kira RM39.9 juta.

Menjelas lanjut mengenai Empangan Bukit Merah, Zambry berkata pihaknya mempunyai beberapa perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani masalah kekurangan air.

Beliau berkata antara pelan jangka panjang yang difikirkan sesuai ialah membuat terowong untuk menyambung air dari Sungai Perak ke kawasan empangan dengan kos dianggar mencecah RM300 juta.

“Kita juga memikirkan untuk mewujudkan kolam-kolam takungan di kawasan tertentu yang dapat menyekat air daripada mengalir ke laut, selain membina telaga di tepi sungai,” katanya.

Menurut Zambry pembinaan telaga itu seperti mana yang terdapat di Kuala Kangsar dilihat berkesan kerana ia mampu menghasilkan 25 juta liter air sehari untuk tempoh jangka panjang.

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak supaya Empangan Bukit Merah didalamkan, Zambry berkata ia agak kurang sesuai termasuk dari segi strukturnya memandangkan ia telah berusia 110 tahun. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd