• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mizz Nina No Miss Kini Pendakwah

oleh AK-47
29/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG Hip Hop yang sudah berhijrah Mizz Nina akan berkongsi pengalamannya menjelajah garisan krisis kemanusiaan yang melanda umat Islam di Asia Barat.

Mizz Nina akan muncul dengan topik Helping The Ummah berfokuskan krisis kemanusiaan di Syria serta nasib 20 juta umat Islam yang kini terperangkap dalam musibah perang saudara.

Mizz Nina
Mizz Nina

Sesuai dengan misi peribadi, Mizz Nina yang kini aktif melaksanakan program kemanusiaan membantu pelarian Islam di seluruh dunia, akan muncul berkongsi keadaan terkini di Syria dan misi bantuan kemanusiaan bersama aktivis antarabangsa.

Mizz Nina akan berkongsi momen-momen duka dan penuh tragedi dalam rancangan IntoTaqwa di TV Al Hijrah pada Ahad 29 Mei  2.05 petang.

Mizz Nina yang baru pulang dari perjalanan kemanusiaan di Sempadan Jordan/Syria bersama panel Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Pengarah Islamic Relief Malaysia dan warga Syria, Sheikh Isam Rejab.

Syria berdepan krisis kemanusiaan terburuk dengan dua juta rakyatnya kini berada di sempadan Turki. Manakala puluhan ribu menyeberangi lautan Mediteranean mencari suaka politik di Eropah.

Selain Mizz Nina, bagi anda yang ingin mendalami soal fekah berkaitan hak anak yatim, ikuti kupasan peringatan mengenai dosa memakan harta anak yatim.

Mizz Nina No Miss Kini Pendakwah

Peringatan penting yang dikuliahkan Ustaz Ahmad Husni, akan menjelaskan secara terperinci isu hak anak yatim melalui program Klinik D’Hijrah Ahad 7 pagi.

Peringatkan diri kita berdasarkan perintah Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.” [Surah an-Nisaa’ : 10]

Mizz Nina, Ustaz Don: Dua Wajah Satu Misi Dakwah

Menjelang Ramadan seminggu pasti ramai yang akan bertadarus. Lebih dahulu eloklah memahami Adab Dengan Al Quran bersama 30 Minit Ustaz Don Daniyal pada Ahad 9 malam. Fahami kedudukan Al-Qur’an sebagai kitab suci wahyu Allah.

Selain memenuhi hujung minggu dengan memperkayakan khazanah ilmiah, jangan lupa bersama dua program popular di TV Al Hijrah.

Motivator yang terkenal dengan Jenaka Sinis Tapi Manis, Shamsul Debat akan muncul menyampaikan ceramah dengan jenaka taglines viralnya *Antara Peluk & Seluk* dalam hubungan rumahtangga yang bersiaran pada 11.30 pagi.

Program Shamsul Debat pasti tidak akan lengkap tanpa disusuli #PenghijrahanFenomena Abang Long Fadil yang akan mengisahkan pengalaman mimpi kiamat yang menyebabkan dia bersembunyi selama sebulan di dalam rumah kerana takutkan mati.

Abang Long Fadil juga berkongsi kifarah Allah terhadap dosa masa lalu dengan menguji taubatnya apabila dia terpaksa menghabiskan tempoh lapan bulan untuk menghafal Al Fatihah.

Program yang menumpahkan airmata bekas gengster tersohor Singapura akan bersiaran pada Ahad 12 tengahari.

Jadikan Ahad anda hari cuti untuk beramal dengan mengutip ilmu dan berkongsi peringatan dalam meningkatkan iman dan taqwa.

#IslamIsFirstClass dan #SegalanyaBermulaDiSini TV Al Hijrah.

Tags: Mizz NinaTV Al Hijrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mizz Nina Akui Rumah Tangga Dengan Noh Salleh Berakhir

Mizz Nina Akui Rumah Tangga Dengan Noh Salleh Berakhir

04/08/2022
0

Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu telah berakhir. Ikuti Mynewshub: Telegram Kenyataan itu...

Noh Kongsi Pengalaman Ibadah Korban Di Syria

23/08/2018
0

PENYANYI Noh Salleh menerusi laman sosial Instagramnya pada Rabu berkongsi pengamann menjalani ibadah korban ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd