• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Tanah 120 Ekar Punca KFA Tolak Tajaan D’Herbs?

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Artis, Hangat, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tajaan bernilai RM30 juta oleh Syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd ternyata mengejutkan banyak pihak.

Dalam pengumuman oleh Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar petang semalam, keputusan itu dikatakan terpaksa dibuat kerana terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak D’Herbs, sukar untuk dipenuhi.

KFA Tolak Tajaan D’Herbs Bernilai RM30 Juta

Susulan penolakan tajaan tersebut pengasas D’Herbs Holding Datuk Aliff Syukri menerusi satu posting di akaun Facebook miliknya, telah meluahkan perasaan.

Mengakui terkejut dengan penolakan tawaran tersebut yang dibuat secara tiba-tiba tanpa pengetahuannya, Aliff bagaimanapun berkata beliau tidak kecewa walaupun telah menghabiskan masa yang banyak untuk urusan tersebut.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan mengapa segala urusan sebelum ini boleh dilakukan secara perbincangan tetapi apabila keputusan penolakan dibuat, ia di luar pengetahuan pihaknya.

Untitled

Dalam pada itu, sebab jelas mengapa penolakan tajaan daripada D’Herbs tidak dihuraikan secara lanjut ketika pengumuman dibuat.

Begitu pun, terdapat desas desus menyatakan punca sebenarnya adalah permintaan balas D’Herbs terhadap tanah berukuran 120 ekar atas tajaan bernilai RM30 juta itu.

Bagi memastikan dakwaan tersebut, Mynewshub menghubungi Aliff untuk meminta penjelasan sebenar.

Bagaimanapun menurut Aliff, beliau tidak dapat memberikan apa-apa jawapan pada hari ini kerana segala-galanya akan dijelaskan dalam satu sidang media yang diadakan oleh pihaknya esok.

Sama-sama kita nantikan cerita sebenarnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aliff syukribola sepakKedahKFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd