• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Gerak 1,000 Anggota Hadapi PRK Kuala Kangsar

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – MIC akan mengerakkan kira- kira 1,000 anggota untuk membantu Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar bulan depan, kata Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elango.

Beliau berkata jentera parti akan menggembleng tenaga berkempen di peringkat akar umbi bagi memastikan BN dapat mengekal kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

“Sokongan pengundi India kepada BN meningkat kepada 70 peratus pada pilihan raya umum yang lalu dan kita akan berusaha untuk meningkatkan lagi sokongan pengundi India kepada 80 peratus.

“Oleh yang demikian, MIC akan bekerja keras berkempen untuk memastikan kemenangan yang lebih besar bagi calon BN pada kali ini,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau yang juga Penasihat Khas kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata jentera MIC bersama parti komponen BN yang lain akan turun padang untuk bertemu pengundi bagi mengenal pasti dan menangani isu-isu berbangkit sama ada isu tempatan atau nasional.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar dan daripada jumlah itu seramai 2,299 orang merupakan pengundi kaum India.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun. – BERNAMA

Tags: MICPRK Kuala Kangsar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

Mengapa Cina India Perlu Sokong MCA MIC? BN-PN Mahu Satukan Undi Melayu-Islam – Senator DAP

Mengapa Cina India Perlu Sokong MCA MIC? BN-PN Mahu Satukan Undi Melayu-Islam – Senator DAP

18/07/2026
0

SEREMBAN - Senator DAP, RA Lingeshwaran mempersoalkan mengapa kaum Cina dan India perlu menyokong MCA dan MIC dalam Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd