• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Agung Tahunan MCA November Ini – Liow

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada November ini meskipun memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pemilihan MCA sepatutnya berlangsung tahun ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA ke-29 di Wisma MCA di sini hari ini, Liow berkata mesyuarat juga telah menetapkan tarikh-tarikh pemilihan bagi kesemua peringkat parti.

Katanya, mesyuarat agung bagi peringkat cawangan akan diadakan pada Julai, bahagian (September) dan negeri (Oktober) sebelum disusuli mesyuarat agung tahunan MCA pusat.

“Kita akan pastikan walaupun kita tangguh pemilihan tetapi kita akan teruskan dengan perhimpunan tahunan MCA peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Ini telah ditetapkan dalam mesyuarat hari ini,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat sebarang perbincangan mengenai pembentangan rang undang-undang hudud pada mesyuarat hari ini, Liow berkata: “Kami membantah pembentangan rang undang-undang itu di Parlimen.”

Beliau berkata ini menjadi pendirian MCA sejak PAS membentangkan rang undang-undang itu di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan tahun lepas.

“Kami ingin menegaskan sekali lagi kedudukan kami, kami sebulat suara membantah pembentangan rang undang-undang itu di Parlimen,” katanya.

Pada Mac lepas, dilaporkan PAS masih menunggu persetujuan daripada Majlis Raja-Raja sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Sementara itu, mengenai perkhidmatan Uber dan GrabCar, Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu melibatkan diri dengan semua pihak berkaitan untuk membuat keputusan berkenaan perkara itu.

Liow berkata kerajaan berharap untuk membenarkan perkhidmatan itu di sisi undang-undang memandangkan kini sudah menjadi trend bahawa orang ramai mengaplikasikan teknologi.

“Ini di bawah kuasa SPAD. Mereka sepatutnya menyelaraskannya dengan Uber, GrabCar dan teksi untuk mewujudkan satu platform yang sama supaya mereka memiliki kedudukan yang serupa,” katanya. – BERNAMA

Tags: MCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd