• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Kelima Nahas Helikopter Di Sarawak Ditemui

oleh
07/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mayat kelima nahas helikopter di Sungai Batang Sadong di Sri Aman, ditemui kira-kira jam 6 petang Sabtu, sebelum kemudian dibawa pasukan penyelamat ke Jeti Lingga pukul 6.47 petang.

Ini merupakan mayat yang kedua terakhir nahas helikopter RPC6828 hilang ketika dalam penerbangan dari Betong ke sini pada petang Khamis lalu itu bagaimanapun belum dikenal pasti identitinya.

Menurut laporan media tempatan, mayat tersebut berjaya ditemui oleh pasukan Polis Marin di bahagian hulu Sungai Batang Lupar dekat Lingga, Sri Aman ketika hari hampir menjelang waktu senja.

Setakat ini tiga mayat telah pun dikenal pasti bermula dengan penemuan mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon pada pagi Jumaat lalu.

Ia disusuli pada Sabtu mayat Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan Lans Koperal Ahmad Sobri Harun iaitu pengawal peribadi kepada Noriah.

Mayat yang belum dikenal pasti ialah suami Noriah, Tuan Asmuni Abdullah; Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan juruterbangnya, Kapten Rudolf Rex Ragas. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: helikopterNoriah Kasnonsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, semalam....

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd