• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malim Gunung Maut Dalam Kemalangan Di Dungun

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Seorang malim gunung maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah traktor ketika dalam perjalanan ke kawasan perkelahan Air Terjun Chemerong, malam tadi.

Dalam kejadian di Jalan Jongok Batu-Chemerong, di sini kira-kira pukul 9.15 malam, mangsa Mohd Khairie Alias, 25 maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh traktor yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa telah tercampak kira-kira 10 meter dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Menurut bapa mangsa Alias Ismail, 53 sebelum kejadian, beliau telah mempelawa mangsa untuk pergi bersama-samanya ke program solat hajat di kawasan itu namun arwah anaknya memutuskan untuk pergi dahulu ke program berkenaan.

Dia berkata anaknya ingin pergi dahulu kerana bimbang tiada orang yang hendak menguruskan program itu.

“Tidak lama selepas itu saya ada menerima pesanan ringkas (SMS) namun tidak membacanya sehinggalah anak saudara saya menelefon memaklumkan insiden itu, katanya kepada pemberita di Hospital Dungun semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat dan pemandu traktor yang berumur 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautmalim gunung
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd