• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kenal Pasti Pasaran Eksport Baharu, Kata Ahmad Husni

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia sedang mengenal pasti pasaran eksport baharu termasuk bekerjasama dengan Indonesia untuk mengembangkan pasaran bagi minyak sawit dan produk-produk lain, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Susulan pengimbangan semula pasaran China, beliau berkata Malaysia menyasar pasaran baharu dalam bahagian tertentu untuk meningkatkan eksport Malaysia dan membetulkan imbangan pembayaran.

“Kita perlu mencari sumber baharu eksport terutamanya bagi minyak sawit. Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasama dengan lebih erat lagi. China adalah pasaran terbesar kita (bagi minyak sawit) dan kita mahu menambah baik bahagian pasaran kita di sana.

“Selain itu, bahagian-bahagian utama lain yang kita boleh manfaatkan adalah membangunkan lagi sektor pelancongan.

“Industri pelancongan dan agensi berkaitan mempunyai lebih banyak hubungan dengan China,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis permeteraian Ikrar Integriti Korporat oleh lima institusi kewangan pembangunan, di sini, hari ini.

Institusi itu ialah Bank Simpanan Nasional, Bank Kerjasama Rakyat, SME Bank, Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan EXIM Bank.

Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dan Datuk Johari Abdul Ghani.

Apabila ditanya bagaimana pengimbangan semula di China akan memberi kesan kepada ringgit, Ahmad Husni berkata ia tidak akan membawa banyak impak.

Bagaimanapun, beliau berkata ringgit terjejas dengan persepsi iaitu apabila Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah pada Jun, terdapat kemungkinan pengaliran keluar modal.

Ahmad Husni juga berkata ringgit merupakan antara yang paling kukuh dalam kalangan mata wang Asia lain dalam suku pertama tahun ini.

Beliau juga menafikan eksport Malaysia merosot.

“Jika ia (eksport) menyusut, bukan dalam peratusan yang besar. Kita boleh menampung atau mengimbanginya dengan sumber-sumber lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad HusniEKSPORT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad

Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad

17/04/2025
1

PUTRAJAYA: Malaysia secara rasmi mendapat kelulusan mengeksport kelapa segar ke pasaran China menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara...

Indonesia Benarkan Semula Eksport Pasir Laut

Indonesia Benarkan Semula Eksport Pasir Laut

30/05/2023
0

JAKARTA: Indonesia mengeluarkan peraturan baharu yang membenarkan semula eksport mendapan marin dalam bentuk pasir laut selepas 20 tahun eksport bahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd