• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Dakwah Negara Tubuh Sekretariat Perpaduan Ummah

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Dakwah Negara (MDN) menubuhkan Sekretariat Perpaduan Ummah, yang dianggotai tokoh-tokoh berwibawa dalam pelbagai bidang, bagi memperkukuhkan agenda perpaduan ummah.

Pengerusi MDN Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata selaras dengan penubuhan sekretariat berkenaan, MDN melantik 70 anggota Panel Perunding Perpaduan Ummah.

Katanya panel itu berperanan sebagai pengantara antara rakyat di akar umbi dengan pemimpin atasan negara serta parti-parti politik dalam mengemukakan kaedah ke arah mewujudkan iklim perpaduan ummah negara.

“Mereka juga akan menyusun dan merancang siri-siri kunjungan hormat dengan pihak berkepentingan bagi menyatakan kebimbangan terhadap masalah perpecahan masyarakat Islam Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara yang dilantik sebagai anggota panel itu ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan dan bekas Pengarah Urusan Malaysian Airline System Bhd (MAS) Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Dr Mahmood berkata penubuhan sekretariat itu sejajar dengan perkara yang terkandung di dalam resolusi Multaqa Perpaduan Ummah, yang antara lain menekankan langkah-langkah bagi memacu perpaduan ummah.

Beliau berkata pihak MDN juga akan melaksanakan program jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan isu perpaduan kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

“Program berkenaan akan turut disertai para pendakwah terkemuka tanah air,” katanya. – BERNAMA

Tags: dakwahMajlis Dakwah Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwah Lebih Santai

19/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Apabila disebut saja mengenai TikTok, pastinya ia bukan satu aplikasi asing khususnya bagi golongan muda yang lazim...

Bukan Sekadar Hiburan, TikTok Kini Jadi Medan Dakwah

18/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Apabila disebut sahaja tentang TikTok, pastinya ia bukan satu aplikasi asing khususnya bagi golongan muda yang lazim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd